Cari @ Amanz

ACO Tech kini mengumumkan pengenalan sistem inforia ATLAS kepada semua pengguna Proton X50 yang diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini.

ATLAS beroperasi berasaskan kepada Android 10, dan hadir dengan rekaan antaramuka yang kemas, dilengkapi sokongan widget yang anda booleh kawal menggunakan telefon pintar, selain kemaskini penambah-baikkan pada navigasi.

Dengan kemaskini ini, para pengguna Proton X50 turut boleh menggunakan sistem ATLAS yang telah ditawarkan pada Proton Iriz dan Persona sebelum ini.

Bagi anda yang menggunakan Proton X50, akan terima kemaskini ini secara OTA pada kenderaan anda, dan mungkin mengambil masa sehingga 14 hari sebelum semua pengguna Proton X50 menerimanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd