Cari @ Amanz

Tesla sedia menawarkan sejumlah permainan untuk dimainkan dalam kenderaan, dan kini Elon Musk dilihat ingin menawarkan lebih banyak permainan, dan menjadikan Tesla sebagai salah satu “konsol”.

Melalui perkongsian terbaru Elon Musk, beliau mengatakan mereka sedang dalam proses mengintegrasi Steam ke dalam Tesla, dan mungkin mempertontonkan progress integrasi Steam dalam Tesla seawal bulan hadapan.

Pada hari ini, Steam sedia terkenal sebagai gedung permainan terkemuka pada PC. Ia tidak diketahui sama ada integrasi pada Tesla hanya akan membenarkan pembelian permainan video sahaja, atau turut akan meliputi sokongan memainkan permainan yang diterbitkan pada Steam terus pada Tesla.

Dengan perkongsian terbaru ini, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dipertontonkan Tesla dan Steam pada bulan hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd