Carian
Lembaga Angkasa Malaysia Akan Ditubuhkan Seawal Ogos 2022
July 19, 2022 Aman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini mengumumkan Lembaga Angkasa Malaysia (interim) akan ditubuhkan pada bulan Ogos 2022 ini.

Melalui Lembaga Angkasa Malaysia, mereka akan bertanggungjawab untuk menasihati kerajaan Malaysia mengenai perkara berhubung pelaksanaan dan pentadbiraa Akta Lembaga Angkasa Malaysia.

Ini adalah termasuk untuk mengawal selia aktviti berkaitan angkasa, bagi tujuan keselamatan, pendaftaran objek angkasa, selain mengadakan perutukan bagi kesalahan berkaitan aktiviti angkasa.

Ruang angkasa yang akan dikawal-selia adalah pada ketinggian melebihi 100 kilometer dari aras laut, sehingga ke atas.

Dengan eksplorasi angkasa yang lebih aktf, selain kehadiran pelbagai satelit di ruang angkasa, lembaga ini akan memainkan peranan penting dalam mengawal selia dan menjaga ruangan angkasa Malaysia.

Ini juga termasuk memastikan aktiviti angkasa dilaksanakan secara bertanggungjawab, serta mematuhi piawaian yang ditetapkan badan antarabangsa.

Selari denganya juga, pihak syarikat dan industri dinasihat supaya mendaftarkan satelt atau sebarang objek angkasa yang telah dilancarkan kepada pihak MOSTI.

Komen