Apple Akan Menjual iPhone 14 Dengan Sokongan eSIM Sahaja Di Pasaran Terpilih

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas membuang bicu audio, langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh Apple mungkin ialah membuang terus talam SIM fizikal. Menurut laporan Wall Street Journal, bermula dengan iPhone 14 tahun ini, Apple akan menawarkan telefon pintar yang hanya menyokong eSIM.

Yoodo eSIM

Model ini akan ditawarkan di beberapa pasaran terhad sahaja seperti Amerika Syarikat dengan ia ditawarkan pada peranti yang dibeli secara pakej menerusi pelan telko. Tanpa SIM fizikal, proses pengaktifan boleh dilakukan secara terus dan ini juga akan memudahkan juga telko menghalang peranti dijual sebelum pelanggan melengkapkan kontrak.

komen


© Amanz / 2022 Kami