Akhirnya Snapchat Untuk Web Dilancarkan Untuk Memudahkan Panggilan Video Dari Desktop

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Snapchat Web dilancarkan hari ini bagi membolehkan pengguna komputer meneruskan penggunaan aplikasi tanpa perlu menggunakan telefon pintar. Pada waktu ini Snapchat Web disokong pada pelayar Chrome sahaja terlebih dahulu.

Pengguna bukan sahaja boleh menjawab chat yang dihantar rakan tetapi juga melakukan panggilan video serta suara terus dari pelayar web menerusi URL web.snapchat.com. Pada waktu ini ciri ini hanya boleh diakses oleh pelanggan Snapchat+ di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom terlebih dahulu. Tetapi Australia dan New Zealand ia boleh digunakan tanpa langganan Snapchat+.

komen


© Amanz / 2022 Kami