Samsung Galaxy Enhance-X Adalah Aplikasi Suntingan Gambar Yang Menggunakan AI

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan aplikasi suntingan gambar baharu, Galaxy Enhance-X. Ia adalah aplikasi yang menyunting gambar dengan menggunakan sistem kecerdasan buatan yang cukup berkuasa untuk menjadikan sesuatu gambar lebih berkualiti.

Aplikasi ini boleh menjadikan gambar kabur menjadi lebi jelas dan tajam, ia boleh mengubah dengan bijak kecerahan sesuatu gambar, boleh menambah kesan HDR, membuang pantulan imej pada sesuatu permukaan, menjadikan wajah seseorang lebih jelas atau juga mengoptimasikan imej potret.

Hasil imej yang dihasilkan mungkin tidak sehebat aplikasi suntingan seperti Lightroom atau Snapseed, kerana ia hanya menggunakan kecerdasan buatan sementara dua aplikasi tadi perlu digunakan secara manual dengan lebih banyak kawalan.

Tetapi untuk suntingan pantas, ini mungkin satu alternatif baik. Aplikasi ini dilihat hanya boleh digunakan pada peranti Samsung dan tidak akan berfungsi pada peranti lain. Ia juga adalah percuma untuk digunakan dan boleh dimuat turun di Galaxy Store atau melalui pautan di bawah;

komen


© Amanz / 2022 Kami