Peranti Yang Dikatakan Adalah Surface Duo Go Tersenarai Di eBay

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sehingga hari ini, semua peranti yang boleh lipat atau dengan skrin boleh-lipat semuanya dijual pada harga yang agak tinggi. Peranti ini dikategorikan sebagai peranti premium dan majoriti pengeluar menggunakan cip pemprosesan berkuasa bertaraf peranti mercu.

Variasi kelas pertengahan dijangka akan dikeluarkan apabila permintaan peranti ini semakin tinggi agar harga jualan boleh menjadi lebih mampu milik dan lebih ramai orang boleh mencuba inovasi peranti seperti ini.

Microsoft Surfacfe Duo adalah peranti boleh lipat, bukan skrin boleh-lipat kerana menggunakan dua panel skrin secara bersebelahan. Ia juga adalah peranti premium dengan panel kaca, skrin melengkung untuk notifikasi, dijana cip Snapdragon 888 dan harga jualan mencapai lebih RM7500.

Baru-baru ini tersenarai melalui laman eBay (sudah dipadam), sebuah peranti Surface Duo dengan tubuh plastik. Peranti ini dikatakan mungkin adalah Surface Duo Go yang dibatalkan pada tahun lepas. Peranti ini sepatutnya akan menjadi peranti boleh lipat dengan harga jualan lebih murah. Kemasan adalah kusam, kamera lebih kecil bonggolnya dan bucu yang lebih bulat. Peranti menggunakan kod nama Cronos dan mungkin dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon kelas pertengahan premium.

Tidak pasti kenapa peranti ini dibatalkan, kerana Microsoft dilaporkan tidak akan meneruskan untuk memperkenalkan peranti ini. Windows Central yang melaporkan hal ini, turut menyatakan tahun 2022 tidak akan ada peranti Surface Duo baharu. Sebaliknya pengguna sedia ada akan menerima kemaskini Android 12L tidak lama lagi.

Surface Duo baharu atau mungkin Surface Duo 3 dijangka akan dilancarkan pada tahun 2023 nanti.

komen


© Amanz / 2022 Kami