Siri Oppo Reno8 telah dilancarkan di China terlebih dahulu dengan beberapa model. Ianya terdiri dengan Oppo Reno8, Reno8 Pro dan Reno8 Pro+ yang mana ketiga-tiganya memiliki penawaran menarik yang tersendiri.
Bercakap lebih lanjut, ia kini dilancarkan di peringkat Global pula bermula dengan India. Berbeza dengan variasi di China, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan dan paling ketara terletak pada penggunaan cip pemprosesan pada Reno8 Pro yang dijana cip MediaTek Dimensity 8100-Max.
Oppo Reno8 Pro global dilengkapi skrin 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan pensijilan HDR 10+. Cip MediaTek Dimensity 8100-Max yang disertakan turut menyokong memori 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 256GB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 4500mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 80W.
Kamera utama pula lengkap dengan 50MP (Sony IMX766) + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula adalah 32MP (Sony IMX709). Menariknya, ia turut menyokong cip MariSilicon X yang sebelum ini digunakan pada peranti mercu Oppo Find X5 Pro untuk sistem pengimejan lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.3 dan sebagainya.
Oppo Reno8 pula menggunakan skrin sebesar 6.4-inci AMOLED FHD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan MediaTek Dimensity 1300, memori 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 128GB (UFS3.1). Bateri pula sebesar 4,500mAh yang turut menyokong sistem pengecasan pantas 80W.
Sistem tri-kamera digunakan dengan tetapan 50MP (Sony IMX766) + 2MP + 8MP dan kamera hadapan pula sebesar 32MP (Sony IMX709). Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.3 dan sebagainya.
Untuk harga, Oppo Reno8 pro dijual pada INR45,999 (~RM2,563) dan Oppo Reno8 pula INR29,999 (~RM1,671). Kedua-dua peranti ini telah disahkan hadir ke pasaran tempatan pada 21 Julai 2022 dan kami akan mengemaskini mengenai harga jualan rasmi selepas ia dilancarkan kelak.