Carian
Bytedance Turut Ingin Menghasilkan Cip Rekaan Sendiri
July 19, 2022 Effi Saharudin

Bytedance ialah syarikat induk yang memiliki aplikasi TikTok dan Douyin. Dari segi keperluan teknologi mungkin ramai hanya melihat mereka sebagai pembangun aplikasi. Tetapi kini Bytedance berkata mereka ingin turut menghasilkan cip rekaan sendiri bagi memenuhi keperluan spesifik syarikat.

Cip keluaran sendiri perlu direka kerana setakat ini tiada cip di pasaran yang benar-benar memenuhi keperluan Bytedance. Selain membolehkan Bytedance lebih berdikari, ini turut dilihat sebagai satu lagi usaha China untuk mengurangkan pergantungan kepada teknologi dari luar. Bytedance sebelum ada menghasilkan peranti khas untuk penstriman dan juga sistem kamera untuk pembelajaran dari rumah.

Seperti yang dapat dilihat berlaku kepada Huawei, apabila sekatan perdagangan dilakukan masa depan bekas pengeluar telefon pintar kedua terbesar dunia ini semakin suram. Bytedance bukan satu-satunya syarikat yang ingin membangunkan cip sendiri. Vivo, Huawei dan Oppo sudah mula berjinak-jinak mereka cip untuk mengawal sistem fotografi serta kawalan kuasa peranti.

Kerajaan China juga meningkatkan pelaburan bagi membolehkan cip dengan teknologi lebih terkini dihasilkan sepenuhnya dalam negara tanpa perlu bergantung kepada teknologi milik negara luar.

Komen