Petronas Melabur Pada Syarikat Sebalik Tenaga Dan Skuter Elektrik, Immotor

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Immotor, salah satu syarikat memfokuskan kepada membangunkan pengangkutan peribadi seperti skuter elektrik, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana baharu daripada beberapa pelabur, termasuk Petronas Ventures.

Immotor mengatakan mereka telah berjaya meraih $28 juta untuk suntikan dana terbaru ini, dan sebahagiannya adalah daripada Petronas.

Immotor

Suntikan dana baharu ini akan digunakan dalam pembangunan produk baharu, memperluaskan penawaran produk memfokuskan tenaga baharu. Immotor juga turut membangunkan penyelesaian untuk skuter elektrik, termasuk kemudahan menukar bateri padanya tanpa perlu menantikan masa pengecasan lama untuk sesuatu bateri apabila hampir habis digunakan.

Dalam tahun ini juga, Immotor turut menyasarkan pengenalan produk storan tenaga seperti stesen kuasa mudah-alih, simpanan tenaga untuk rumah, dan beberapa yang lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami