“Cheyote” Adalah Alat Yang Akan Membenarkan Pengguna Jailbreak Peranti iOS 15

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Cydia adalah antara aplikasi yang digunakan untuk jailbreak iPhone. Ia cukup popular dan digunakan oleh ramai orang, sehinggalah Apple mengemaskini iOS dengan sekuriti yang lebih ketat dan menyukarkan orang ramai melakukan modifikasi. Kemaskini demi kemaskini iOS juga semakin lama, Apple menambah banyak ciri dan fungsi yang dulunya hanya dengan jailbreak sahaja ia boleh digunakan.

Walaupun begitu, jailbreak untuk iPhone sebenarnya tidak pernah mati. Cuma penggunaannya terhad dan ia agak leceh, contohnya jika sudah menggunakan jailbreak dan peranti mati – jailbreak perlu dilakukan semula.

Odyssey Team iaitu syarikat pembangun yang menghasilkan sistem jailbreak untuk iOS 14 dengan kod nama Taurine kini mengacah mereka akan hadir dengan aplikasi dan sistem untuk jailbreak peranti menjalankan iOS 15. Ini termasuk dengan iPad yang menggunakan iPadOS 15. Sistem ini dinamakan sebagai Cheyote dan ia hanya boleh digunakan pada iOS 15.0 hingga iOS 15.1.1. Sokongan untuk iOS 15.4.1 turut akan dikeluarkan nanti, tetapi ia akan mengambil lebih banyak masa untuk dibangunkan.

Bagi anda yang berminat boleh ikuti perkembangan Odyssey Team di Twitter untuk lihat bilakah sistem ini akan ditawarkan kepada umum. Cuma adakah berbaloi untuk jailbreak iPhone? Untuk gunakannya anda tidak boleh kemaskini iOS, yang mana jika sesuatu versi lama itu ada kerentanan sekuriti – anda akan merisikokan data dan peranti anda begitu sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami