Cari @ Amanz

Pada tahun 2020, Meta telah membeli platform perkongsian GIF, GIPHY pada harga sekitar $400 juta untuk memudahkan integrasi penawaran GIF mereka pada platform Facebook. Akan tetapi perkara ini dilihat tidak begitu disenangi oleh Competition and Markets Authority (CMA) di UK, dan Facebook diarahkan untuk menjual GIPHY pada November tahun lepas.

Terkini, nampaknya pihak mahkamah UK telah mengarahkan untuk jualan syarikat tersebut ditunda buat masa ini, walaupun lima daripada enam dakwaan yang dikeluarkan dipersetujui oleh pihak mahkamah tersebut, dakwaan terarkhir dilihat tidak cukup kuat kerana pihak pendakwa tidak memberitahu dengan lanjut mengenai pengambil-alihan Gfycat oleh Snapchat.

Giphy

Perkara ini dilihat penting kerana ketandusan maklumat ini menyukarkan pihak Meta untuk membangunkan hujah tentang pengambilalihan GIPHY dan bagaimana ia tidak anti-persaingan.

Sebelum ini, pengambilalihan GIPHY oleh Meta dilihat sebagai anti-persaingan kerana ia dilihat sebagai satu cara untuk syarikat tersebut memonopoli penggunaan GIPHY. Ia juga dilaporkan bahawa Facebook telah menutup bahagian pengiklanan GIPHY apabila pengambilalihan tersebut dimeterai.

Dengan keputusan terbaru ini, pihak CMA dikatakan akan mengeluarkan laporan baru, dan Meta akan mempunyai peluang untuk meneliti laporan tersebut tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd