Carian
Suruhanjaya Tenaga Tolak Cadangan Pertimbang Nilai Tarif Khas Bagi Melombong Kriptowang
July 19, 2022 Aman

Suruhanjaya Tenaga kini telah memilih untuk tidak pertimbangkan sebarang nilai tarif khas bagi aktiviti melombong kriptowang – seperti pernah dicadangkan oleh Tenaga Nasional sebelum ini.

Suruhanjaya Tenaga mengatakan mereka ingin mengelak sebarang diskriminasi antara pengguna, dan pada masa yang sama mengelak ia menjadi suatu permulaan kepada sektor lain turut memohon nilai tarif khas.

Sehingga ke hari ini, pelbagai permohonan sedia diterima Suruhanjaya Tenaga dalam menetapkan nilai tarif khas – termasuk dari industri pengangkutan dan juga pertanian. Namun, sehingga kini, ia tidak dipertimbangkan.

Walaubagaimanapun, sebarang aktiviti mencuri tenaga elektrik akan terus diambil tindakan – termasuk oleh pelombong-pelombong kriptowang.

Komen