Cari @ Amanz

Disebabkan oleh ketidak-tentuan ekonomi, ia dilihat pemasaran telefon pintar pada suku kedua 2022 yang lepas merudum sebanyak 9%. Ia sekaligus memperlihatkan penurunan permintaan, disamping juga pada masa yang sama dari segi bekalan.

Corak perbelanjaan pengguna juga dilihat sedikit berubah, membuatkan peranti sedia ada digunakan untuk tempoh lebih lama, dan tidak beralih ke peranti baharu.

Hal ini dilihat akan membuatkan pengeluar peranti mungkin hadir dengan sejumlah promosi dalam mengurangkan stok atau bekalan sedia ada di pasaran, selain mungkin tangguhkan sedikit pengeluaran model baharu.

Dari segi jenama, Samsung menerajui pasaran dengan pegangan sebanyak 21% pada suku kedua 2022, diikuti oleh Apple dengan 17%, dan Xiaomi dengan 14%. Oppo menduduki tangga ke-4 dengan 10% pegangan, sementara Vivo pula 9% pada tangga kelima. Secara keseluruhan, lima jenama ini memegang 71% pasaran telefon pintar pada suku kedua 2022 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd