Cari @ Amanz

Tahi lembu secara lazimnya terbuang begitu sahaja dengan hanya terdapat beberapa usaha untuk menggunakannya sebagai bahan binaan rumah di Afrika dan bahan bakar dapur di India. Di Jepun tahi lembu akan digunakan sebagai sumber tenaga untuk menjana tenaga elektrik yang lestari.

Firma Anaergia dari Kanada akan membina stesen janakuasa elektrik di Okayama, Jepun dengan kerjasama firma Toyo Energy Solution Co. Sebanyak 250 tan tahi lembu akan dikutip setiap hari dengan biogas yang dihasilkan akan menggerakkan turbin janakuasa yang digunakan. Sebanyak 1.2 Megawatts tenaga bersih dapat dijana setahun untuk 2,200 rumah di kawasan berhampiran.

Selain menjana tenaga elektrik yang lebih mesra alam, ia turut dapat mengurangkan pengeluaran gas metana yang mendatangkan impak negatif ke atmosfera sekiranya tahi lembu dibiarkan begitu sahaja. Diharap teknologi ini akan diteruskan dan bukan sekadar hangat-hangat tahi lembu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd