Prime Video Diberikan Antaramuka Baharu Yang Lebih Mudah Digunakan

Diterbitkan pada July 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Prime Video sudah menawarkan perkhidmatan penstriman video sejak 2014 dan sejak 2016 di Malaysia. Walaupun ia adalah antara platform penstriman terawal, Prime Video jarang sekali melakukan perubahan kepada antaramukanya yang agak ketinggalan zaman. Hari ini mereka akhirnya mengumumkan antaramuka baharu pada aplikasi televisyen pintar.

Sekilas pandang ia amat mirip dengan antaramuka yang digunakan pada Netflix dan Disney+ Hotstar. Menu utama diletakkan pada sisi kiri dengan akses kepada kandungan asal, stor membeli video, siaran langsung, TV percuma dan kandungan yang telah dibeli oleh pelanggan. Terdapat juga carta 10 kandungan paling hangat sekali lagi dipinjam dari Netflix.

Imej kecil kandungan juga kini lebih besar dengan prebiu video pendek memberikan idea apakah yang bakal ditonton. Antaramuka baharu ini diberikan kepada pengguna Fire TV terlebih dahulu di Amerika Syarikat dengan ia akan ditawarkan kepada platform lain serta pengguna global secara berperingkat.

komen


© Amanz / 2022 Kami