Nova Launcher Diambil-Alih Syarikat Analitik Metrik, Branch

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nova Launcher merupakan salah satu launcher yang popular pada Android, membolehkan para pengguna melakukan pelbagai perubahan pada paparan antaramuka telefon Android mereka.

Hari ini, Nova Launcher mengumumkan mereka telah diambil-alih oleh Branch, iaitu salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penawaran analitik dan juga metrik penggunaan aplikasi.

Pihak Nova Launcher mengatakan tiada perubahan drastik yang akan berlaku pada penawaran mereka. Pengasasnya akan terus memfokuskan dan menjaga penawaran Nova Launcher.

Bersama-sama dengan pengambil-alihan Nova Launhcer, Branch juga turut mengambill-alih Sesame Search yang memudahkan carian pelbagai perkara pada telefon Android pengguna.

komen


© Amanz / 2022 Kami