Qualcomm Akan Melancarkan Cip Snapdragon Terkini Mereka Pada 15-17 November Ini
July 20, 2022
Lain-lain
Perkakasan
Effi Saharudin
Qualcomm telah mengesahkan Snapdragon Summit mereka yang seterusnya akan berlangsung pada 15-17 November 2022 ini. Di acara ini biasa cip terkini mereka akan diumumkan secara rasmi. Antara yang mungkin dilancarkan ialah Snapdragon 8 Gen 2 dan Snapdragon 7 Gen 2.

Berdasarkan acara yang berlangsung sebelum ini, Qualcomm turut akan mengumumkan cip Windows for ARM, realiti maya dan audio terkini mereka. Demo beberapa produk prototaip juga dijangka akan diperlihatkan. Maklumat lebih lanjut mengenai cip-cip yang mungkin akan diperlihatkan akan dikongsi dalam masa terdekat.
[sumber] Sumber – Qualcomm [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.