Huawei MateBook 16s Dan MateBook D 16 Bakal Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei MateBook merupakan siri yang memfokuskan terhadap penggunaan produktiviti harian. Di Malaysia, terdapat beberapa variasi model yang sedia dipasarkan dan kebanyakan daripadanya juga telah kami uji satu persatu. Terbaru, dua lagi model baharu dilihat telah mula disenaraikan menerusi laman web rasmi Huawei Malaysia.

Ianya terdiri dengan Huawei MateBook D16 dan MateBook 16S yang dijangka tiba penghujung bulan ini, iaitu 27 Julai 2022. Spesifikasi untuk kedua-duanya turut telah diperlihatkan dengan dengan janaan cip Intel Gen-12, memori 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB.

Untuk lebih khusus, Huawei MateBook 16S dilengkapi skrin sebesar 16-inci IPS LCD dengan resolusi 2520 x 1680 piksel dan bernisbah 3:2. Seterusnya, ia dijana CPU Intel Core i7-12700H, GPU intel Iris Xe, memori hingga 16GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 512GB/1TB NVMe PCIe SSD. Bateri pula sebesar 84Wh.

Sementara itu, Huawei MateBook D16 pula dilengkapi skrin 16-inci IPS LCD dengan resolusi 1920 x 1200 piksel dan bernisbah 16:10. Cip Intel Gen-12 turut digunakan dengan pilihan variasi i7-12700H dan i5-12500H, di samping GPU Intel Iris Xe. Memori pula 16GB RAM dan storan dalaman 512GB of NVMe PCIe. Bateri yang digunakan adalah 60Wh.

Kedua-dua komputer riba ini hanya disenaraikan tanpa sebarang perkongsian untuk harga jualan rasmi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya dan kami di Amanz turut akan mengemaskini untuk perkongsian bersama.

komen


© Amanz / 2022 Kami