Perbicaraan Kes Twitter-Elon Musk Akan Bermula Pada Oktober

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter kini memenangi permohonan pertama terhadap Elon Musk, dalam mempercepatkan perbicaraan kes mereka. Melalui perintah terbaru yang dikeluarkan, perbicaraan akan dipercepatkan ke bulan Oktober, selari permohonan pihak Twitter.

Sebelum ini, Elon Musk telah memfailkan pembatalan pengambil-alihan Twitter, mengatakan Twitter tidak menyediakan data mencukupi selain perkhidmatan yang mempunyai angka akaun palsu atau bot tinggi.

Pihak Twitter menidakkan perkara berkenaan, dan turut menyatakan telah memberikan data mencukupi. Twitter turut memfailkan saman kembali ke atas Elon Musk, dan meminta membeli pada harga yang telah dipersetujui seperti sebelum ini.

Namun, pihak Elon Musk sebaliknya meminta untuk tangguhkan perbicaraan sehingga ke 2023 kelak.

Tetapi, kini Twitter dilihat dijalan yang tepat, apabila hakim bersetuju untuk mempercepatkan perbicaraan kes tersebut.

Sama-sama kita nantikan lanjut perbicaraan kes ini pada Oktober kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami