Netflix Sasar Pengenalan Pelan Dengan Sokongan Iklan Pada Awal 2023
Aman
Netflix sebelum ini sedia menyasarkan pengenalan pelan dengan sokongan pengiklanan kepada para pengguna. Berkongsi mengenainya, kini Netflix menyatakan pelan dengan sokongan pengiklanan ini akan hadir pada awal 2023 kelak.
Dengan sokongan pengiklanan, ia akan mengurangkan harga langganan yang perlu dibayar pengguna – sekaligus membolehkan Netflix menambah angka pelanggan, dan mengurangkan mereka yang meninggalkan perkhidmatan penstriman tersebut.
Sebelum ini, Netflix telah bekerjasama dengan Microsoft untuk tujuan teknologi pengiklanan pada platform mereka.
Netflix juga kini mengatakan pengenalan pelan dengan sokongan pengiklanan ini akan dilakukan berperingkat, dengan memfokuskan pasaran dimana perbelanjaan pengiklanan adalah tinggi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.