Cari @ Amanz

Nothing Phone (1) sudah pun dilancarkan. Ia adalah telefon pintar pertama daripada bekas pengasas OnePlus, Carl Pei. Peranti ini dikatakan cuba mengubah industri telefon pintar agar orang kembali melihat perkara penting dalam sesebuah peranti tanpa “gimik”.

Peranti ini adalah sebuah peranti kelas pertengahan premium dengan skrin OLED 6.55″ 120Hz, dijana Snapdragon 778G+, menggunakan dwi-kamera 50MP dan mempunyai sistem lampu LED unik yang digelar sebagai Glyph.

Harga jualan Nothing Phone (1) di Malaysia adalah RM2,399 untuk 8/256 GB dan RM2,699 untuk 12/256 GB. Variasi 8/128 GB turut pernah disenaraikan tetapi masih tiada harga. Peranti ini hadir dengan pilihan warna hitam atau putih.

Hari ini di acara pelancaran rasmi Nothing Phone (1) untuk pasaran Malaysia, mereka telah mengesahkan yang peranti ini boleh dibeli di Malaysia bermula 1 Ogos akan datang. Bagi yang berminat anda boleh semak lama web Nothing Malaysia untuk melihat penawaran yang diberikan dan lokasi untuk membeli. Model 12/256 GB hanya boleh dibeli pada pertengahan ke hujung Ogos akan datang.

Nothing turut menjual pelindung skrin, kerangka pelindung dan pengecas 45W pada harga bermula RM49. Pada 1 Ogos nanti, anda boleh beli peranti ini di Lazada, Shopee, SenQ, TMT, Direct D dan Satu Gadjet. Sementara pada 21 Julai esok, Nothing akan membuka reruai di The Starhill, Bukit Bintang untuk pra-tempahan peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd