Ultimate Ears Memperkenalkan Fon Telinga TWS Tersuai Mereka – UE Drops

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Ultimate Ears ialah sebuah jenama audio yang cukup terkenal sebelum mereka diambil-alih oleh Logitech, dan telah memperkenalkan sejumlah produk audio yang digunakan dengan meluas. Pada tahun 2020 mereka telah memperkenalkan fon telinga TWS pertama mereka, iaitu UE Fits, dan kini baru sahaja memperkenalkan penawaran TWS terbaru mereka yang dinamakan UE Drops.

UE Drops merupakan fon telinga TWS premium keluaran Ultimate Ears, menggunakan driver audio bersaiz 9.2mm yang dikatakan diantara komponen audio yang terbaik pernah dibina oleh mereka.

Fon telinga ini tidak mempunyai sistem pembatalan bunyi hingar aktif, tetapi mengatakan bahawa pembatalan bunyi hingar pasif mereka adalah diantara yang terbaik kerana muatan fon telinga tersebut dilihat menghalang bunyi hingar sebaik penggunaan sistem pembatalan bunyi hingar aktif.

Walaupun begitu, ia juga hadir dengan mod transparency yang membolehkan mikrofon yang terbina didalam fon telinga UE Drops ini untuk menangkap suara percakapan dengan terang dan jelas apabila diperlukan.

Keunikan UE Drops dilihat melalui penyesuaian rangka fon telinga tersebut, yang mana ia boleh dibina khas untuk pengguna melalui sistem penyesuaian FitKit mereka. Jika sebelum ini, pengguna perlu ke pakar telinga untuk mendapatkan lakaran bentuk telinga mereka, FitKit membolehkan pengguna untuk melakukannya sendiri dengan cepat dan mudah.

Selepas lakaran telinga dihantar kepada pihak Ultimate Ears, fon telinga ini akan diterima akan dihantar kembali ke pengguna selepas 2-4 mingguu bekerja, dan pengguna kemudiannya boleh menggunakan aplikasi UE Drops untuk mengubahsuai tetapan audio fon telinga tersebut mengikut selera pendengaran anda.

Ultimate Ears turut mengatakan bahawa fon telinga ini mempunyai jangkahayat sekitar 8 jam dengan pengecasan penuh dengan penambahan 14 jam melalui rangka pengecasan. UE Drops sudahpun mula ditawarkan dengan penawaran warna Onyx, Rose Quartz dan Sapphire di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu pada harga $449.

komen


© Amanz / 2022 Kami