Perodua Alza 2022 Diperkenalkan Dengan Sokongan Android Auto

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perodua hari ini telah memperkenalkan penawaran kereta terbaru, iaitu Perodua Alza 2022. Sebanyak tiga variasi ditawarkan, dengan harga bermula RM62,500 untuk model asas X, RM68,000 untuk model H, dan model tertinggi variasi AV pada harga RM75,500.

Kereta MPV terbaru Perodua ini hadir dengan enjin 1.5L DOHC dengan output 106PS, serta pecutan 138N. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan penjimatan minyak, membolehkan pengguna memandunya pada kadar efisien sehingga 22 kilometer untuk setiap satu liter minyak.

Model paling tinggi turut menyertakan sejumlah ciri tambahan, termasuk sokongan untuk Android Auto, kamera 360-darjah, selain sokongan pemanduan pintar seperti memastikan kenderaan dalam lorong, pemantauan bahagian tepi ketika bertukar lorong, dan beberapa yang lain. Perodua juga turut menyertakan pelekat RFID untuk pembayaran tol.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Perodua hari ini, dan melakukan tempahan untuk kereta MPV terbaru ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami