Carian
PM Cadang TNB Dan Perodua Bekerjasama Dalam Arena Kenderaan Elektrik
July 20, 2022 Aman

Perdana Menteri Malaysia kini mencadangkan yang mana pihak Perodua dan juga Tenaga Nasional boleh bekerjasama dalam arena kenderaan elektrik.

Perodua PM

PM mengalakkan Perodua untuk meneroka peluang baharu seperti menghasilkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi dan boleh mampu dimiliki oleh rakyat.

Disamping itu, TNB pula sedia berusaha meningkatkan penghasilan elektrik menggunakan sumber tenaga bersih, serta menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik di pelbagai lokasi.

Selari dengan ini, kedua-dua pihak juga dicadang untuk bekerjasama dalam memperkenalkan kadar caj yang mampu dilanggani oleh rakyat.

Komen