Microsoft Melancarkan Media Sosial Viva Engage Di Dalam Teams

Diterbitkan pada July 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Biasanya ciri dari satu platform dipinjam oleh platform yang lain bagi mengelakkan pengguna dari berhijrah. Stories misalnya kini menjadi ciri standard pelbagai platform media sosial lain. Hari ini Microsoft mengumumkan Viva Engage yang merupakan platform media sosial seakan Facebook dalam Microsoft Teams.

Dengan Viva Engage kakitangan dalam sesebuah organisasi boleh berhubungan antara satu sama lain walaupun mereka bekerja dari rumah. Terdapat ciri perkongsian video mirip Stories dan juga meninggalkan komen pada status yang ditinggalkan pada profil peribadi. Viva Engage boleh diakses menerusi aplikasi Teams bemula Ogos ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami