MIMOS Perlihatkan Motorsikal Elektrik RE-EV – Dibangunkan Bersama Modenas Dan UniMAP

Diterbitkan pada July 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MIMOS kini memperlihatkan salah satu projek terbaru mereka yang dibangunkan bersama Modenas dan juga Universiti Malaysia Perlis, iaitu motorsikal elektrik yang dinamakan RE-EV.

RE-EV (Range Extended Electric Vehicle) ini telah dibangunkan selama dua tahun, dimana ia turut disepadukan dengan genset enjin pembakaran dalaman, sekaligus memberikan pengecasan tambahan pada bateri untuk tujuan perjalanan jarak jauh. RE-EV juga dikatakan menggunakan sebuah sistem yang lebih ringkas, dan tidak memerlukan rantai pemacu untuk memutar roda.

Buat masa ini, ia pada peringkat pembangunan, dan tidak diketahui lagi bilakah akan dikomersilkan. Memandangkan terdapat penglibatan Modenas, tidak mustahil kita melihat ia dikomersilkan dalam beberapa tahun. Perkembangan ini juga turut menjadikan industri kenderaan elektrik di Malaysia terus meriah – terutamanya yang beroda dua.

Sumber : MIMOS

komen


© Amanz / 2022 Kami