Cari @ Amanz

Apabila memilih komputer riba, saiz merupakan salah satu faktor utama kerana ia turut mempengaruhi berat dan juga cara penggunaannya. Malah rata-rata pengguna professional terutamanya yang ingin melakukan suntingan video, pastinya mahukan saiz skrin yang besar bagi memudahkan kerja.

Minggu ini HUAWEI telah melancarkan siri komputer riba yang memfokuskan produktiviti iaitu HUAWEI MateBook D 16 dan MateBook 16s. Malah menariknya kedua-dua ini hadir dengan paparan bersaiz 16-inci namun masih kekal tipis dan ringan. 

Berikut merupakan apa yang anda perlu tahu untuk kedua-dua model komputer riba terkini dari HUAWEI ini.

HUAWEI MateBook D 16 – Dengan Cip Intel Generasi ke-12 H Series

Pertama sekali adalah cip pemprosesan HUAWEI MateBook D 16 yang dikuasakan cip Intel generasi ke-12 yang terbaru iaitu H Series hadir dalam dua pilihan iaitu Intel® Core™ i5 dengan kad grafik Intel UHD, atau Intel® Core™ i7 dengan kad grafik Intel Iris Xe Graphics. Untuk kedua-dua model ini, dan dengan kad grafik bersesuaian dengan cip pemprosesan, dapat memberikan prestasi lancar berkat teknologi terkini dari Intel.

Dan apabila menggunakan cip baharu, laptop ini juga dapat menjalankan pelbagai aplikasi tanpa lengah masa yang ketara. Jadi ia mampu menjalankan aplikasi perusahaan, mahupun perisian kreatif seperti suntingan gambar dan video, memudahkan multi-tugasan.

Dan dalam memastikan multi-tugasan berterusan, komputer riba ini dilengkapi Metaline Antena, iaitu inovasi terbaru HUAWEI dalam menyediakan sambungan rangkaian yang berterusan. Malah ia berkebolehan untuk menjamin rangkaian stabil sehingga 56% lebih baik dari yang biasa. 

Tidak cukup dengan itu, dengan adanya papan kekunci bernombor, ia pastinya memudahkan mereka yang kerap memasukkan nombor kedalam fail, menambah kepantasan bekerja walaupun pada dokumen seharian.

Selain dari itu, paparan 16-inci HUAWEI FullView Display ini juga tampak nipis, dengan bezel senipis 4.9-mm memberikan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90%, satu perkara yang janggal ditemui pada komputer riba. Dan dengan gaya sebagini, ia meletakkan HUAWEI MateBook D 16 sebaris dengan komputer profesional yang lain. 

Namun tidak terhenti disitu, paparan 16-inci ini juga mampu memancarkan warna sRGB 100%, dengan kecerahan maksimum sehingga 300-nit. Walaubegitu, pengguna tidak perlu berasa risau sekiranya menggunakan komputer ini untuk jangkamasa lama kerana terdapat fungsi Dual Eye Comfort yang memastikan mata tidak merengsa dan membuatkan pengguna berasa tidak selesa. 

Dan akhir sekali melengkapi kesemua fungsi ini, adalah pengecas kompak 65W yang turut memberikan waktu penggunaan sehingga 2 jam, hanya dalam waktu mengecas selama 15 minit. Ini membolehkan pengguna kekal tidak risau untuk bekerja dimana jua mereka berada.

HUAWEI MateBook 16s – Pilihan Pengguna Professional Dengan Spesifikasi Lebih Premium

Perbezaan MateBook 16s dan MateBook D 16 terdapat pada cip pemprosesan serta paparan yang terdapat pada MateBook 16s. Komputer riba ini turut hadir dengan cip pemprosesan Intel serba baharu iaitu Generasi ke-12 H-Series. Malah ia juga mempunyai Performance dan Efficient Cores yang berbeza, membolehkan multi-tugasan yang lebih lancar.

Dan perbezaan kedua adalah paparannya yang bersaiz 16-inci turut hadir dengan skrin sentuh True Color FullView, yang membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan apa yang dipaparkan. Ia menyokong sehingga 10 titik multi-sentuh, membolehkan pengguna melakukan zum secara bebas, menyeret gambar, dan pelbagai lagi menggunakan sentuhan jari terus diatas paparan skrin.

Tidak terhenti disitu, paparan yang mempunyai bezel tipis serta nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90% ini mempunyai resolusi 2.5K, dengan 100% sRGB gamut yang menawarkan sehingga 1.07 bilion warna.

Maka dengan spesifikasi paparan sebegini, jelas sekali ia disasarkan kepada pengguna korporat, dan juga penyunting video bagi memastikan kesemua hasil kerja mempunyai ketepatan dan kepersisan warna yang tepat dan jitu. Malah ketepatan ini diakui melalui piawaian TÜV Rheinland maka pengguna tidak perlu berasa was-was dengan warna yang dipaparkan.


Pra-tempah HUAWEI MateBook D 16 akan bermula dari 27 Julai 2022 sehingga 5 Ogos 2022 dengan satu warna tersedia iaitu Mystic Silver dan berpeluang menerima hadiah percuma termasuk beg sandang HUAWEI bernilai RM499 serta pra-pemasangan perisian Office Home & Student berjumlah RM1,028. 

Bagi pengguna yang inginkan HUAWEI MateBook 16s, anda juga bakal membawa pulang hadiah menarik dengan setiap pra-tempahan iaitu beg sandang HUAWEI bernilai RM499, pra pemasangan perisian Office Home & Student serta Sound Joy dengan jumlah bernilai RM1,727.

Kunjungi kedai dalam talian rasmi HUAWEI atau kunjungi HUAWEI Store untuk melihat siri HUAWEI MateBook D 16 dan MateBook 16s dengan lebih dekat. Untuk maklumat lanjut, klik pautan di bawah:

Penafian: Advertorial dari HUAWEI Malaysia
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd