Samsung Menjual 10 Juta Peranti Skrin Boleh-Lipat Sepanjang 2021 – 70% Adalah Z Flip
Effi Saharudin
Adakah peranti skrin boleh-lipat mendapat sambutan dari pengguna? Menurut Samsung jawapannya ialah ya dengan sebanyak 10 juta unit peranti dengan rekaan ini berjaya dijual sepanjang 2022. Turut didedahkan ialah 70% peranti yang dijual dalam segmen ini ialah dari keluarga Galaxy Z Flip.

Samsung juga mendedahkan jualan sepanjang 2021 adalah 300% lebih tinggi berbanding sepanjang 2020. Harga peranti Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3 yang lebih mampu milik tahun lalu mendorong kepada lebih banyak peranti berjaya dijual. Dalam masa beberapa minggu sahaja lagi Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4 akan dilancarkan secara rasmi, jika harga kekal kompetitif lebigh banyak peranti skrin boleh-lipat akan terjual.
[sumber] Sumber – Samsung [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.