Microsoft Teams Menghadapi Masalah Untuk Diakses Buat Masa Ini

Diterbitkan pada July 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft Teams merupakan perisian kolaborasi produktiviti yang dimanfaatkan oleh beribu-ribu syarikat di seluruh dunia bukan sahaja untuk memudahkan perkongsian maklumat diantara pekerja syarikat, tidak kira dimana mereka berada.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa platform produktiviti tersebut sedang mengalami isu dimana rata-rata pengguna global tidak boleh mengaksesnya, ataupun menggunakan sebarang ciri-ciri yang hadir pada perisian tersebut.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi apakah masalah yang sedang membelenggu platform tersebut, tetapi pihak Microsoft sedar akan isu ini, dan sedang menyiasat dan memperbaikinya. Pihak Microsoft juga masih belum mengesahkan lagi bilakah isu ini akan diselesaikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami