Cari @ Amanz

Oppo Reno8 dan Reno8 Pro kini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Kedua-dua peranti memiliki penawaran menarik yang tersendiri dalam usaha memenuhi keperluan pengguna masa kini. Khususnya dari aspek sistem pengimejan lebih baik. Bagi yang berminat, Reno8 dijual pada RM2,399, sementara itu Reno8 Pro pula berharga RM3,499.

Pratempah bermula dari 21 – 29 Julai 2022 dan hadiah eksklusif bernilai hingga RM1,486 turut diberikan. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli di My Oppo Space dan kedai rasmi Oppo akan menerima beg beli belah edisi terhad siri Reno8 dan tawaran eksklusif pembelian dengan pembelian (PWP) berupa rebat RM150 untuk Oppo Pad Air (4GB/64GB) atau rebat RM100 untuk Oppo Enco Air2 Pro. Terhad sehingga 31 Julai 2022.

Oppo Reno8 Pro dilengkapi skrin 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR 10+. Cip MediaTek Dimensity 8100-Max digunakan dengan gabungan memori 12GB RAM (LPDDR5) dan storan dalaman 256GB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 4500mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 80W.

Sistem tri-kamera di belakang terdiri dengan 50MP (Sony IMX766) + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 32MP (Sony IMX709). Menariknya, ia turut menyokong cip MariSilicon X yang sebelum ini digunakan pada peranti mercu Oppo Find X5 Pro untuk sistem pengimejan lebih baik. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Oppo Reno8 pula lengkap dengan skrin 6.4-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 1300, memori 8GB RAM (LPDDR4x) dan storan dalaman 128GB (UFS3.1). Bateri pula sebesar 4,500mAh yang turut menyokong sistem pengecasan pantas 80W.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP (Sony IMX766) + 2MP + 8MP dan kamera hadapan sebesar 32MP (Sony IMX709). Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, port sambungan USB-C dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd