Cari @ Amanz

Acara pelancaran Oppo di Malaysia hari ini turut memperlihatkan pengenalan untuk tablet pertamanya iaitu Oppo Pad Air. Ia diperkenalkan dengan cip Snapdragon 680 dan skrin beresolusi 2K. Bagi yang berminat, Oppo Pad Air dijual di Malaysia pada RM1099 (4GB/64GB) dan RM1299 (4GB/128GB).

Pratempah bermula dari 21 – 29 Julai 2022. Untuk makluman, varian 4GB/64GB akan tersedia di kedai dalam talian Oppo dan shopee sahaja. Sementara itu, varian 4GB/128GB pula boleh didapati menerusi kedai rasmi Oppo di Lazada dan Shopee.

Oppo Pad Air dilengkapi skrin 10.36-inci LCD beresolusi 2K (2000 X 1200 piksel). Cip Snapdragon 680 digunakan bersama padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman mencapai 128GB. Melengkapinya juga adalag bateri 7,100mAh yang menyokong pengecasan 18W, di samping pembesar suara yang ditala oleh Dolby Atmos. Tidak ketinggalan, kamera utama 8-Megapixel, kamera swafoto 5-Megapixel dan sistem operasi ColorOS 12.1 turut disertakan pada tablet ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd