Cari @ Amanz

Aksesori audio keluaran Oppo untuk pengguna di Malaysia turut telah dikemaskini dengan penawaran produk baharu. Melaluinya, Oppo Enco Air2 Pro diperkenalkan dan ia boleh dibeli pada RM349. Tersedia dalam warna Grey dan White, ia boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

Oppo Enco Air2 Pro merupakan fon telinga dalam telinga bertangkai dengan padanan pod pengecas berbentuk bujur. Ia juga lengkap dengan dua mikrofon terbina, di samping pemandu audio bersaiz 12.4mm yang turut menyokong sistem pembatalan hingar aktif berasaskan AI terbina.

Turut melengkapinya teknologi Smart In-ear Detection yang membolehkan audio berhenti dimainkan secara automatik apabila fon telinga tidak digunakan. Bateri 440mAh yang digunakan mampu beroperasi mencapai 28 jam dengan bantuan pod pengecasan. Lain-lain spesifikasi yang menyokong termasuklah penarafan kalis air IP54, bluetooth 5.2, mod permainan dengan latensi 94ms dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd