Cari @ Amanz

Ketirisan data peribadi bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Pelbagai maklumat peribadi ini kemudiannya boleh digunakan untuk mencuri identiti dan boleh menyebabkan kerugian yang tinggi. Menurut laporan ketirisan data oleh Surfshark, Malaysia ialah negara di tangga ke-11 dalam senarai ketirisan data peribadi tertinggi pada suku kedua 2022.

Secara keseluruhan lebih 15 bilion maklumat akaun pengguna global telah tertiris sejak 2014. Di Malaysia sahaja 6652,00 maklumat akaun telah tertiris pada Q2 2022 yang merupakan peningkatan mendadak 733% dari Q1 2022. Secara keseluruhan hampir 45 juta akaun pengguna Malaysia telah tertiris ke arena web setakat ini.

Angka yang cukup mengejutkan tetapi masih jauh di belakang Amerika Syarikat di tangga pertama dengan lebih 9 bilion, diikuti pula oleh Rusia (~3.42 bilion) , China (~1.77 bilion) , India (~984K) dan Perancis (~880K).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd