Carian
Samsung Memulakan Pembinaan Kilang Bateri Bernilai RM 5.77 Bilion Di Seremban
July 21, 2022 Effi Saharudin

Samsung SDI memulakan pembinaan kilang bateri yang bernilai 1.7 trilion won (~RM5.77 bilion) yang terletak di Seremban. Kilang fasa kedua ini dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025 dengan pengeluaran bateri PRiMX 21700 akan dapat dilakukan seawal 2024.

Samsung SDI Energy Malaysia (SDIEM) sudah memulakan operasi di Malaysia sejak 1991 tetapi hanya mengeluarkan bateri sejak 2012 di fasiliti yang sama. Bateri yang dihasilkan oleh kilang ini akan digunakan pada peralatan elektronik, kenderaan mobiliti mikro dan juga bateri kenderaan elektrik.

Permintaan untuk bateri jenis silinder dijangka meningkat daripada 10.17 bilion sel pada tahun 2022 ke 15.11 bilion sel menjelang 2027 dipacu oleh permintaan dari sektor alatan pertukangan elektrik, kenderaan elektrik dan sistem storan tenaga.

Komen