ShopBack Hadir Dengan Penjenamaan Semula Dan Perkhidmatan BNPL ShopBack PayLater

Diterbitkan pada July 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ShopBack hari ini telah memperlihatkan penjenamaan semula terhadap logo mereka dan mengemaskini laman sesawang mereka dengan rekaan yang lebih baharu dan mudah untuk dilayari.

Jika sebelum ini logo ShopBack memperlihatkan perkataan tersebut sahaja dan kadang-kala hadir dengan maskotnya, kini ShopBack telah menggunakan logo tanda panah petir di sebelah perkataan ShopBack.

Dalam pada itu, ShopBack juga memperkenalkan program BNPL mereka yang dinamakan ShopBack Pay Later yang membolehkan pengguna untuk membeli apa-apa barang melalui platform ShopBack, dan membayarnya kemudian.

Melalui ShopBack Pay Later, pengguna akan boleh membayar balik untuk apa-apa barangan yang dibayar secara ansuran selama tiga bulan tanpa faedah ataupun sebarang caj tambahan. Kami diberitahu bahawa pembayaran lewat hanya akan dikenakan caj rata bergantung kepada jumlah pembelian.

Untuk permulaan, had ShopBack Pay Later diperlihatkan pada sekitar RM1600, dan akan meningkat dari semasa ke semasa bergantung kepada kekerapan anda menggunakan dan membayar balik pembelian melalui Pay Later dalam masa yang ditetapkan.

Untuk mengaktifkan fungsi Pay Later ini, anda hanya perlu mengemaskini aplikasi tersebut dan membuka menu Pay Later dan mengesahkan identiti anda melalui sistem pengesahan KYC menggunakan kad pengenalan anda dan mengambil gambar swafoto. Proses pengesahan ini akan dilengkapkan dengan serta-merta.

ShopBack mengatakan bahawa mereka kini mempunyai 900 perniagaan di platform mereka yang juga menawarkan perkhidmatan Pay Later ini, termasuklah Zalora, JD Sports, MAS, Jakel Malaysia dan banyak lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami