Samsung SmartSSD Generasi Kedua Hadir Dengan Prestasi Lebih Baik Dan Penjimatan Kuasa Lebih Tinggi

Diterbitkan pada July 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Orang ramai mungkin lebih mengenali Samsung untuk peranti-peranti elektronik, komponen storan dan juga cip pemprosesan yang dikeluarkan oleh mereka, tetapi tahukah anda bahawa mereka juga membangunkan komponen untuk kegunaan pusat data.

Samsung SmartSSD ialah komponen storan yang juga hadir dengan unit pemprosesannya sendiri yang digunakan untuk tujuan pemprosesan tugasan seperti kecerdasan buatan, pembelajaran mesin dan untuk pemprosesan data pada rangkaian 5G.

Ia secara ringkasnya ialah sebuah komputer kecil yang boleh menerima, menyimpan dan memproses data secara sekaligus, mengurangkan isu masa pendam penghantaran data dari storan ke CPU dan secara langsung membolehkan maklumat diproses dengan lebih cepat.

Samsung SmartSSD dibangunkan bersama-sama dengan AMD, dan pada model generasi kedua, ia dilihat mengurangkan masa pencarian data sebanyak 50 peratus, mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 70 peratus dan penggunaan CPU sebanyak 97 peratus berbanding dengan komputer pusat data yang lain.

Samsung SmartSSD dibangunkan dengan menggunakan platform SoC Xilinx Versal yang dibangunkan oleh AMD dan seperti yang dikatakan tadi, ia membantu mengurangkan kebergantungan kepada CPU komputer pusat data dan mengurangkan kadar penggunaan tenaga yang cukup banyak sekali.

Samsung juga dilihat akan bekerjasama dengan Storage Networking Industry Association (SNIA) dan NVM Express untuk memperlihatkan bagaimanakah komponen ini boleh dimanfaatkan dalam lebih banyak industri lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami