Google Malaysia Melancarkan Gemilang – Program Pensijilan Google Career Untuk 31,000 Peserta Secara Percuma

Diterbitkan pada July 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak terjadinya pandemik dua tahun lalu, kemahiran digital dilihat semakin penting dalam mengharungi masa hadapan. Ini ditambah pula dengan peluang ekonomi bagi sesiapapun yang mahir dalam bidang digital.

Hari ini Google Malaysia mengumumkan program Gemilang, iaitu program pensijilan Google Career secara percuma kepada 31,000 peserta. Peserta hanya perlu melalui proses pendaftaran menerusi rakan kerjasama antaranya institusi pengajian tinggi, persatuan, atau syarikat korporat antaranya Celcom Axiata, Yayasan Tunku Abdul Rahman, Women in Tech, Malaysia Digital Association dan pelbagai lagi.

Menerusi pembiayaan ini, 31,000 peserta akan menjalani latihan secara atas talian untuk mempelajari dan mengetahui peluang kerjaya dalam 6 bidang, antaranya Analitis Data, Sokongan Teknologi, Automasi IT, pengendalian projek, UX Design serta pemasaran dan perniagaan digital. Kesemua latihan ini turut disertakan menerusi platform Coursera dan akan memberikan peserta sijil kemahiran seudah program latihan tamat.

Kemudiannya, peserta yang telah menerima sijil Google ini boleh memohon pekerjaan di syarikat berdaftar dengan program Google Gemilangan antaranya Amanz Media, Astro Awani, Rev Media, Maybank, McDonalds, Petronas, The Lorry, Storehub, Carsome dan pelabgai lagi. Senarai syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami