Mobvoi Mengacah Rekaan TicWatch Baharu Yang Akan Dijana Cip Snapdragon W5+ Gen 1

Diterbitkan pada July 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semalam Qualcomm telah mengumumkan cip pemprosesan baharu untuk jam tangan pintar iaitu Snapdragon W5 Gen 1 dan W5+ Gen 1. Ia adalah pengganti kepada Snapdragon Wear 4100/4100+. Cip baharu ini dibina dengan rekaan 4nm, menawarkan dua kali ganda prestasi dan 50% jimat tenaga.

Mobvoi dan Oppo adalah antara jenama yang mengesahkan akan hadir dengan jam tangan pintar baharu menggunakan cip pemprosesan ini. Baru-baru ini, Mobvoi telah mengacah yang mereka akan hadir dengan TicWatch baharu. Jam ini juga akan menjalankan Wear OS, cuma tidak pasti adakah ia Wear OS 3 atau tidak.

TicWatch ini dilihat mempunyai rekaan baru yang masih lebih kurang sama dengan model lama. Jam ini mungkin akan dilancarkan di bawah kategori TicWatch Pro dan mereka menjanjikan akan mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik. Jam ini juga disahkan akan menggunakan cip Snapdragon W5+ Gen 1. Biasanya Mobvoi tidak menggunakan cip versi “+” kerana ia khusus untuk Always-on display, dan mereka sudah ada cip tersendiri untuk skrin kedua pada jam Pro. Penggunaan cip W5+ ini mungkin akan memberi satu kejutan, sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami