Cari @ Amanz

Kurang sebulan selepas menguji ciri memaparkan kesemua video yang dimuat naik ke Reels, Instagram hari ini mengumumkan ia kini akan diaktifkan kepada semua pengguna. Semua video sepanjang 15 minit ke bawah akan terus dikongsi ke tab Reels pemilik akaun.

Satu lagi perubahan yang dilakukan ialah meletakkan semua video bawah 90 saat ke susur masa pengguna lain walaupun akaun tersebut tidak diikuti oleh mereka secar. Ini akan dilakukan kepada semua video pendek yang dimuat naik oleh akaun tidak ditetapkan sebagai peribadi.

Instagram turut memperkenalkan ciri Remix yang membolehkan gambar baharu dimuat naik dengan gambar yang dimuat naik oleh pengguna lain. Terdapat beberapa templat yang boleh digunakan untuk menghasilkan kandungan yang menarik. Templat menghasilkan video Dual menggunakan kamera hadapan dan belakang serentak juga diberikan kepada pengguna.

Dengan ini paparan video dalam Instagram semakin mirip TikTok yang merupakan pencabar terhampir kepada platform milik Meta. Setakat ini reaksi dari komuniti fotografi Instagram adalah negatif kerana platform kini dilihat lebih mementingkan kandungan video berbanding gambar yang merupakan tujuan asalnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd