Semua Syarikat Teknologi Utama Sudah Mendapatkan Permit PSE Untuk Meneruskan Operasi Di Indonesia

Diterbitkan pada July 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Biar lewat asalkan selamat, ini mungkin motto yang digunakan oleh syarikat teknologi antarabangsa di Indonesia. Syarikat Meta, TikTok, Twitter, Apple, Microsoft, Google, Amazon, Netflix dan Spotify dilaporkan kesemuanya telahpun mendapatkan permit Penyelenggara Sistem Elektronik Lingkup Privat (PSE) yang diperlukan bagi membolehkan operasi diteruskan

Twitter dan Google memohon permit di saat akhir selepas hanya dua hari yang lalu masih belum mendapatkannya. Permit PSE membolehkan kerajaan Indonesia mengarahkan syarikat teknologi memadam kandungan yang dilihat boleh mengganggu ketenteraman awam serta menyerahkan data pengguna apabila diminta oleh pihak berkuasa.

Sebagai negara dengan jumlah penduduk keempat terbesar dunia, Indonesia ialah pasaran yang cukup penting di belakang China, India dan Amerika Syarikat. Untuk meneruskan operasi di pasaran yang menguntungkan ini, syarikat teknologi utama terpaksa akur dengan permit yang dilihat akan menghalang kebebasan suara.

komen


© Amanz / 2022 Kami