Cari @ Amanz

Oppo A96 telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia pada April lalu. Bagi anda yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan peranti ini. Harga jualan untuknya kini telah dikemaskini pada RM1,199. Melaluinya, peranti ini dijual RM100 lebih murah berbanding harga asalnya iaitu RM1,299 dan tersedia menerusi kedai atas talian rasmi Oppo Malaysia.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A96 dilengkapi skrin sebesar 6.59-inci IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Dwi-kamera utama turut digunakan dengan tetapan 50MP (utama) + 2MP (bokeh). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd