Carian
TM Menamatkan Unifi Community – Minta Pengguna Ke Facebook
July 22, 2022 Aman

Telekom Malaysia hari ini telah menamatkan sepenuhnya laman forum dan komuniti yang menjadi rujukan para pengguna Unifi sebelum ini, iaitu Unifi Community .

Sebab utama disebalik penamatannya tidak diketahui. TM meminta pengguna untuk kekal berinteraksi dengan pihak mereka melalui halaman Facebook rasmi mereka.

Sebelum ini, laman Unifi Community telah digunakan ramai dalam mengetahui pelbagai penawaran baharu, tips, bantuan, dan sebagainya. Dengan penamatannya, kini mungkin perlu melihat kepada beberapa alternatif lain dalam mendapatkan bantuan spesifik berkaitan masalah melibatkan Unifi.

Komen