Pelanggan Pek Unifi TV Menerima Akses Lionsgate Play Percuma Selama 90 Hari

Diterbitkan pada July 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Lionsgate Play ialah platform penstriman yang tidak begitu dikenali ramai tetapi telah ditawarkan di Malaysia sejak tahun lalu. Tetapi bermula bulan ini, pelanggan Unifi TV dengan pek Ultimate, Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby Plus dapat mengakses perkhidmatan Liongate Play secara percuma selama 90 hari.

Akses percuma sehingga 12 Oktober in membolehkan pelanggan menikmati kandungan asli Lionsgate Play seperti Gaslit, Gamorrah, Becoming Elizabeth dan Power serta filem-filem yang diterbitkan oleh studio Lionsgate seperti siri SAW, Hunger Games dan John Wick. Perkhidmatan Lionsgate Play boleh diakses pelanggan Unifi TV menerusi aplikasi telefon pintar, pelayar web dan Unifi Plus Box.

komen


© Amanz / 2022 Kami