Paparan Gaming Cooler Master GM32-FQ Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM2199

Diterbitkan pada July 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah paparan gaming besar untuk melengkapkan setup gaming anda, tetapi tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuknya, Cooler Malaysia hari ini mengesahkan bahawa mereka membawa masuk pilihan paparan gaming terbaru mereka yang dinamakan Cooler Master GM32-FQ.

Cooler Master GM32-FQ menggunakan panel IPS bersaiz 32 inci dengan resolusi QHD (2560×1440) dan kadar segar semula 165Hz. Ia juga boleh mengolah 95 peratus daripada gamut warna DCI-P3 yang dilihat membantu dalam memastikan olahan warna pada paparan ini adalah sejitu yang mungkin.

Paparan GM32-FQ ini juga hadir dengan sokongan untuk kedua-dua teknologi paparan NVIDIA G-SYNC dan juga AMD FreeSync Premium yang menjajikan pengalaman gaming tanpa isu carikan grafik ataupun screen-tearing apabila anda memainkan permainan-permainan dengan pergerakan yang cepat seperti permainan-permainan FPS popular hari ini.

Dari segi pilihan palam, paparan ini hadir dengan palam HDMI 2.0, palam pass-trough USB-C, USB Type-A dan juga mempunyai pembesar suara terbina. Untuk pengalaman tontonan dan penglihatan yang terbaik, paparan skrin ini juga boleh diubahsuai ketinggian dan kedudukannya dari kiri ke kanan dengan mudah.

Paparan Cooler Master GM32-FQ ini sudah mula ditawar di pengedar-pengedar Cooler Master Malaysia pada harga RM2199.

komen


© Amanz / 2022 Kami