Monitor Cooler Master GM27-FQS ARGB Dengan Sokongan 2K 165Hz Kini Dijual Pada Harga RM1799

Diterbitkan pada July 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Skrin komputer gaming memerlukan kadar segar semula yang tinggi dipadankan pula dengan resolusi yang tinggi. Hari ini monitor Cooler Master GM27-FQS ARGB telah dilancarkan di Malaysia dengan sokongan resolusi 2K (2560 x 1440 pixel), HDR10 dan kadar segar semula mencecah 165Hz.

Panel Ultra Speed IPS yang digunakan memberikan masa tindak balasa 1ms sesuai untuk sesi gaming yang sengit. Ia turut menyokong mod AMD FreeSync dan NVIDIA G-Sync bagi memastikan imej yang dipaparkan dengan lebih baik. Melengkapkan spesifikasi GM27-FQS ARGB hadir dengan inout DisplayPort, HDMI, USB-A, USB-B, dan USB-C.

Sebagai sebuah monitor gaming, terdapat lampu ARGB pada bahagian tapak berbentuk bujur yang boleh diubah warnanya oleh pengguna serta diselelarikan dengan aksesori RGB yang lain. Selain itu leher monitor membolehkan ia didongakkan, diputarkan kiri/kanan dan diubah ketinggiannya. Di Malaysia Cooler Master GM27-FQS ARGB dijual pada harga RM 1,799.

komen


© Amanz / 2022 Kami