Cari @ Amanz

Sokongan Apple Pay merupakan salah satu sokongan yang membolehkan pengguna melakukan bayaran dengan mudah melalui iPhone atau Apple Watch – melalui kad yang dipautkan ke Apple Wallet.

Setelah beberapa tahun diperkenalkan, ciri Apple Pay ini dijangka diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Beberapa desas-desus awal melalui Lowyat.net, mengatakan ia mungkin diumumkan pada bulan Ogos 2022 kelak. Malah, sebuah mesej juga turut diterima pengguna AmBank, menandakan ciri Apple Pay ini akan hadir tidak lama lagi.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dan pengenalan Apple Pay ini secara rasminya di Malaysia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd