Cari @ Amanz

Apple-1 adalah komputer pertama Apple dan juga produk pertama mereka yang direka oleh Steve Wozniak. Ia adalah sebuah komputer desktop 8-bit yang dikeluarkan pada 1976. Hanya selepas setahun ia dilancarkan, pengeluaran dihentikan dan mereka gantikan dengan Apple II.

Terkini, prototaip Apple-1 yang diberi nama Apple Computer A yang dimiliki oleh Steve Job sedia dilelong. Prototaip ini dipateri sendiri oleh Steve Wozniak dan unit inilah yang Steve melakukan demonstrasi kepada Paul Terell pemilik kedai The Byte Shop pada tahun 1976.

Apple Computer A ini disenaraikan sebagai prototaip Apple-1 kedua, selepas disahkan hilang sehinggalah ditemui kembali dah disahkan keasliannya oleh Corey Cohen. Prototaip ini tidak berfungsi kerana papan induknya sudah patah. Tetapi Corey adalah seorang yang pakar telah mengesahkan ini adalah prototaip yang sama diuji oleh Paul dengan membandingkannya dengan gambar polaroid milik Paul.

Lelongan sedang dilakukan di laman RR Auction dengan harga ketika artikel ini ditulis sudah mencapai $156,925 iaitu sekitar RM698,756. Ia akan dilelong sehingga 18 Ogos dengan harga dijangka akan mencapai sehingga $500,000 iaitu sekitar RM2,226,400.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd