Cari @ Amanz

Facebook mengubah nama syarikat ke Meta bagi menunjukkan mereka serius untuk membangunkan platform metamesta yang dijangka akan menggantikan penggunaan web yang digunakan sekarang. Tetapi di Amerika Syarikat, Meta kini disaman oleh MetaX LLC kerana penggunaan nama yang menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Facebook Meta

Menurut MetaX, mereka memegang tanda dagang nama Meta. Syarikat ini lebih awal melibatkan diri dalam menghasilkan dunia realiti maya dan realiti terimbuh (AR). Pada waktu yang sama tanda dagang menggunakan nama Meta turut dipegang oleh MetaX. Sejak Facebook menukar nama syarikat, MetaX mendakwa perniagaan mereka terjejas kerana tidak lagi boleh menggunakan penjenamaan Meta. Syarikat memohon mahkamah untuk mengenakan perintah injunksi bagi menghala Meta dari terus menggunakan tanda dagang milik mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd