Google Fast Pair Akan Menyokong Pertukaran Audio Antara Dua Peranti Seakan AirPods

Diterbitkan pada July 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirPods adalah set fon telinga nirwayar sebenar atau TWS daripada Apple. Dengan produk inilah membuatkan semakin banyak TWS dihasilkan untuk bersaing. Ada daripada syarikat audio dan ada juga daripada pengeluar peranti.

Walaupun AirPods bukan TWS terbaik, tetapi ia masih laris dijual kerana ekosistem. Anatara fungsi menarik adalah ciri multipoint atau tambatan kepada dua peranti serentak dan juga pertukaran audio antara dua peranti. Contoh, main video di iPad dengar melalui AirPods dan jika ada panggilan telefon masuk di iPhone – pengguna boleh terus jawab dengan AirPods tanpa tambatan semula.

Ciri ini masih tidak ada pada Android, kecuali tambatan pantas asas melalui Google Fast Pair. Kini dengan Pixel Buds Pro sudah mula dijual di pasaran terpilih, sistem Google Fast Pair akan dikemaskini dengan kemampuan pertukaran audio antara dua peranti.

Di Pixel guna untuk jawab telefon, kemudian main sahaja video di Chromebook – audio akan terus dimainkan pada Pixel Buds Pro. Ciri ini khusus untuk Pixel Buds Pro dan kelak turut akan diedarkan kepada aksesori audio Sony dan JBL yang terpilih. Ciri ini turut akan dikembangkan secara berperingkat kepada lebih banyak peranti Android dan aksesori audio untuk memastikan pengguna Android dapat menikmati ciri premium yang memudahkan ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami